Posts

Showing posts from 2018

3 Asas Teknik Kunci Jualan Tanpa Paksaan (Siri 1)

Image
Seorang jurujual yang bagus mampu melakukan jualan  kepada pelanggan mereka  tanpa ada paksaan.  Ini memberikan pelanggan nilai ketenangan fikiran  (peace of minds) semasa berurusan dengan kita. Apabila pelanggan membeli daripada kita dalam keadaan yang tenang tidak ada paksaan dalam proses negosasi jual beli, maka adalah mudah untuk kita berurusan dengan mereka malah kenalan  mereka pada masa hadapan. Acapkali juga kita mendengar rungutan pelanggan tentang jurujual yang menjual dengan paksaan yang memberikan tekanan kepada pelanggan tersebut. 3 Asas Teknik Kunci Jualan Tanpa Paksaan yang saya gunakan adalah : + Penampilan + Persembahan + Penawaran Asas ini memberikan kemudahan kepada saya dan tim saya dalam proses jualan serta meningkatkan ratio (closing). Saya akan kongsikan lebih terperinci pada blog post seterusnya. - Nas Azizi

Apakah minat kita yang boleh membantu kita untuk memulakan bisnes pertama kita ???

Image
Apabila kita pertama kali mahu mula berniaga atau berbisnes, saya cadangkan mula dengan sesuatu yang kita minat dan mahir didalam bidang tersebut. Tidak kiralah minat mendalam dari segi pembuatan, dagangan atau servis. Ianya dapat membantu kita untuk memulakan bisnes. Seterusnya pastikan bisnes pertama kita adalah didalam  kawalan risiko yang minima seperti + modal yang rendah seeloknya bawah 3k + mudah selia urus dan pantau + relevan dan praktikal Ini semua kita kena lihat dalam skop kendiri kita pada masa itu iaitu + status kewangan semasa kita + status masa dan kebolehan kita + tahap sokongan orang sekeliling kita seperti isteri, ahli keluarga atau kenalan rapat Jika berkemampuan mulakan validasi sebelum memulakan sesuatu bisnes yang ingin dijalankan. Validasi boleh dilakukan mengikut beberapa peringkat berikut : Modal / Kewangan Nilai produk / servis Segmen pelanggan  - Nas Azizi

TIPS - Desain iklan bunting paling simple tetapi paling menusuk minda pelanggan yang melihat.

Image
Sedia maklum upah untuk desain bunting agak mahal dan kadang kala tidak menepati tema atau kehendak kita.  Oleh itu saya kongsikan cara desain bunting iklan simple, mudah hanya menggunakan MS Word sahaja. Anda yang baru mula berniaga sudah pasti inginkan penjimatan untuk bahan atau alat pemasaran.  Berapa bahagiankah dalam bunting ini ? Jawapan : Ada 3 bahagian sahaja Bahagian satu  + Logo syarikat Bahagian dua + Identiti permasalahan [ ANAI ANAI ] Bahagian tiga + Nombor untuk dihubungi + Website Simple dan mudahkan, tetapi kesannya sangat  menusuk minda. Cubalah.

TIPS Peniaga Jalanan - Bunting yang tepat maklumat merupakan salah satu alat pengiklanan yang mampu melonjakkan jualan.

Image
TIPS Peniaga Jalanan - Bunting yang tepat maklumat merupakan salah satu alat pengiklanan yang mampu melonjakkan jualan. Jual Nasi Lemak - Gantung bunting tulis NASI LEMAK MAK LEHA - Gantung bunting tulis NASI LEMAK SOTONG Jual Kek - Gantung bunting tulis KEK PISANG KUALA KANGSOR Jual Air - Gantung bunting tulis AIR KOPI KODIANG Jual Burger - Gantung bunting tulis BURGER AYAM KAMPUNG Jual Roti - Gantung bunting tulis ROTI MAJEDEE Jual Kain Ela - Gantung bunting tulis KAIN KAK LEHA IMPORT Dan lain-lain... Tempah bunting min 3 set. Biar besar. Sebatu jauh dah nampak hehe... Dibawah ini adalah contoh desain bunting yang simple tetapi sangat berkesan dan tepat maklumat kedalam minda pelanggan yang melihat.  

TIPS - Pemasaran Setempat - Gunakan Ruang Iklan boleh menjana pendapatan kepada anda.

Image
TIPS - Pemasaran Setempat Ruang Iklan Hari ini saya akan berkongsi tips mengenai cara Pemasaran Setempat - Ruang Iklan,  bagi pengusaha peniaga kecil-kecilan atau bisnes yang dalam lingkungan 3 tahun beroperasi. Tuan Puan sedia maklum bahawa ruang iklan boleh disewa mengikut hari minggu dan bulan. Ikut size A5 A4 A3. Bunting 2 x 5. Biasanya ruang iklan ini terdapat di Pejabat Pos, Kedai Serbaneka, Stesen minyak, Kedai Dobi, Masjid, Surau, Taska, Sekolah, Universiti, Kolej, klinik dll yang seangkatan dengannya. Disini saya nak kongsi idea bagaimana ruang iklan boleh bantu Tuan Puan membayar sewa kedai dan bil bil utiliti secara konsisten. Saya ambil contoh kedai yang banyak 'foot step come in' macam kedai dobi konvensional atau layan diri, klinik, taska, dll. Bayangkan kedai seperti diatas yang ramai pelanggan, maka pemiliknya boleh memperolehi pendapatan tambahan,  dengan cara menyediakan ruang iklan utk disewa kepada orang ramai,  bayangkan Ruang iklan dis...

TIPS Sihat : Minum 1.5 Liter air diwaktu pagi sebelum mandi mampu membuatkan seharian anda ceria dan bertenaga sepanjang hari.

Image
Ya betul. Minumlah air kosong sebanyak 1.5 Liter diwaktu pagi sebelum mandi mampu membuatkan seharian anda ceria dan bertenaga sepanjang hari. Cubalah. TIPS ini saya dapat daripada ayahanda kesayangan saya Hj Nasaaruddin Bin Shaharin (Al Fatihah). Beliau sering berkongsi tips ini bersama keluarga dan saudara mara serta kenalan beliau. Pada awalnya memang saya tidak ambil pusing mengenai tips ini,  tetapi setelah mencubanya, sememangnya ia memberikan kesan  sangat baik seperti : + tiada lagi sakit dibahagian pinggang + tiada lagi sakit lenguh sendi + tiada lagi keletihan ketika memandu Cara minumnya, isikan air didalam botol atau bekas 1.5 Liter kapasitinya, minum sehingga habis (in one shot) orang putih kata. Ya pada mula memang akan rasa sukar sehingga macam nak termuntah. Teruskan. Kesannya adalah proses nyah toksin terbaik. Dalam tempoh 1 Jam selepas minum anda akan kerap  buang air kecil dan warnanya jernih, Ini sangat bagus. Selain itu akan kerap juga buan...

TIPS - Pemasaran Setempat guna Majalah

Image
TIPS - Pemasaran Setempat Majalah Percuma  Adakah Tuan-Tuan / Puan-Puan ada menerima senaskah majalah percuma ini dilaman rumah atau didalam peti surat yang diedarkan secara berkala setiap bulan tanpa dipesan atau diundang oleh Tuan Puan. Majalah sebegini boleh dijadikan alat oleh Tuan Puan sebagai chanel marketing atau tools marketing yang boleh digunakan. Bagaimana Memilih Majalah Yang Aktif - Sila lihat setiap bulan majalah apakah yang selalu berada didalam peti surat atau dilaman rumahTuan Puan. - Sila lihat berapa tebalkah mukasurat majalah tersebut, jika tebal-lah mukasurat tersebut maka banyaklah peniaga-peniaga lain meletakkan iklan didalam majalah tersebut. Ini menunjukkan majalah tersebut boleh dipercayai. Selalunya lebih 30-50 mukasurat. - Sila buat kajian, berapakah jumlah edaran atau circulation yang dinyataka, 50k naskah, 80k naskah, atau 100k naskah, naskah majalah inilah yang akan diedarkan ke seluruh kawasan perumahan dan pusat perniagaan disekitarnya. - Sila ...

Penampilan yang menarik adalah salah satu faktor utama proses teknik kunci jualan tanpa paksaan.

3 Asas Teknik Kunci Jualan Tanpa Paksaan adalah : Penampilan  Persembahan  Penawaran Penampilan yang menarik dan sesuai dengan bidang bisnes yang dijalankan memainkan peranan dalam proses jual beli dan persembahan tentang produk atau pakej yang ditawarkan. Dalam kajian di Eropah menyatakan bahawa penampilan yang menarik penyumbang sebanyak 32% kepada proses kunci jualan (closing deal). Penampilan yang sesuai dan menarik memberikan / meningkatkan : Kepercayaan  Keyakinan  Memudahkan negosasi Mengurangkan (objection) - Nas Azizi

TIPS - Pemasaran Setempat Am

Image
TIPS - Pemasaran Setempat Am Memahami corak pemasaran setempat memerlukan kajian pasaran dari segi penawaran dan permintaan. Kajian atau survey hendaklah meliputi > kemudahan > kewujudan > keperluan Terdapat perbezaan antara pemasaran setempat dan pemasaran korporat untuk sesuatu jenis perniagaan. - Nas Azizi

Sistem Pengurusan Pelanggan (CRM)

Image
2018, Perubahan dan perbelanjaan terbesar syarikat kami adalah pada pembangunan sistem CRM. Ini adalah untuk kelancaran dibahagian : + Operasi + Akaun + Sumber Manusia + Pengurusan Data Pelanggan Mengapa sistem penting untuk syarikat yang menawarkan servis seperti kami ? + pengurusan kakitangan / maklumat peribadi / penggajian dll + pengurusan kewangan / cashflow / debtors / receipt dll + penjadualan servis / temujanji pelanggan / rotasi kakitangan dll + pengurusan data prospek / pelanggan / lebih efektif - Nas Azizi

Bagaimana hubungan baik sesama pembekal (supplier) boleh membantu bisnes anda

Hubungan baik dengan pembekal (supplier) sangat penting untuk kelangsungan bisnes yang dijalankan. Antara kelebihan hubungan baik ini ? + kemudahan kredit + kemudahan bekalan berterusan + kemudahan latihan dan sokongan + maklumat terkini tentang produk + maklumat atau gosip dipasaran + insentif dari pembekal Contoh ada pembekal kami maklum kepada kami berkenaan isu berikut terus kepada kami : + sub ejen / ejen cuba untuk dapatkan    produk terus daripada mereka tanpa    melalui kami + sub ejen / ejen menggunakan jenama     kami untuk (closing deal) tetapi tidak     direkodkan atau kata lain (off record) + sub ejen / ejen (closed deal) tetapi    disubkan kepada syarikat lain + sub ejen / ejen yang telah (resign / withdraw)    masih menggunakan jenama ABS Pest Control    untuk closing deal atau pembelian barang. Oleh sebab dasar penjagaan hubungan baik segala maklumat ini kami dapat te...